Wednesday, April 16, 2008

MBA atau ACCA?

Q: Assalamualaikum Dr. Rosli. Apa khabar. Saya ada soalan untuk ditanya kepada Dr. Rosli. Saya merupakan pelajar Ijazah Kejuruteraan Elektrik. Saya amat berminat di dalam bidang pengurusan, ekonomi dan akaun. Persoalannya, saya keliru sama ada ingin melanjutkan pelajaran dalam MBA (Master of Bussiness and Administration) atau ACCA. Saya berharap bantu Dr. Rosli untuk menyelesaikan masalah saya. Wassalam.

aizat_jan@yahoo.com

A: Waalaikumsalam Aizat. Memang elok ditanyakan soalan ini. Nasihat saya ialah Aizat teruskan pengajian dalam bidang KE dahulu sampai tamat dengan mendapat keputusan yang terbaik. Kalau boleh biarlah first class honors. Kerana Aizat berminat dengan bidang pengurusan, ekonomi dan perakauanan, lepas itu bolehlah lanjutkan pelajaran diluar jalur kejuruteraan. Soalannya yang mana satu?

Bila belajar pengurusan, di sana ada subjek ekonomi. Banyak juga. Begitu juga, bila belajar ACCA, disana ada diajarkan ekonomi. By way of elimination, pilihan di depan Aizat ialah di antara MBA or ACCA. Aizat yang perlu buat pilihan. Tetapi saya nak jelas beberapa perkara di sini.

ACCA adalah jurusan professional perakaunan. Bila Aizat sudah lulus semua professional examinations yang ditentukan, maka Aizat akan jadi akauntan professional. Dihujung nama boleh bubuh ACCA, CPA dan yand serupa dengannya. Boleh kerja di accountant firms, pekerja biasa atau lama-lama jadi partner. Gaji lumayan. Lagi pun, banyak syarikat besar-besar - bank dan lain-lain juga - yang mahu CEO mereka dari kalangan profesional accountant. Bidang ini sedikit tough tetapi ramai orang yang mampu meraih kelulusan ACCA ini. Ramai pula yang berjaya sehingga menjadi partner dalam firma perakaunan. Ramai juga yang menjadi CEO di pelbagai syarikat. Biasanya, orang yang ambil bidang ACCA ini bermula dari first degree atau dari Diploma perakaunan. Orang dari bidang kejuruteraan yang beralih kepada ACCA jarang saya dengar tetapi ada.

Tentang MBA pula, memang ramai orang dari bidang kejuruteraan lanjutkan pelajaran dalam bidang MBA. Malah pusat-pusat pengajian MBA yang tersohor seperti Harvard Business School dan kebanyakan business school di Amerika memang menggalakkan pelajar dari bidang kejuruteraan mengambil bidang MBA. Mereka beri keutamaan pula. Sebabnya didapati orang yang belatarbelakang kejuruteraan dengan degree MBA boleh mengurus syarikat berasakan perkilangan yang melibatkan ilmu kejuruteraan dengan cemerlang. Mereka didapati mampu mengurus syarikat yang tidak berasaskan kejuruteraan dengan cemerlang juga. Jurutera berMBA memang high demand di negara maju. Syarikat Amerika, Jepun, Jerman, Korea dan banyak lagi mengambil jurutera berMBA sebagai CEO mereka. Gaji memang lumayan.

Saya tidak boleh pilih untuk Aizat. Atas maklumat ini, Aizat kena buat kputusan sendiri. Anak saya jurutera kimia. Saya nasihatkan dia ambil MBA.

Sekian. Semoga ini membantu Aizat buat keputusan bijak dan terbaik. Buat sembayang istikarah. Wassalam.